Kerana adat hidup bersuku,
Saling harmoni saling berjaga,
Jangan kerana satu yang tersiku,
Tempur darah kita sengketa
Kerana adat hidup berpenghulu,
Saling menolong satu dituju,
Jika penghulu bak ular dipalu,
Yang mengikut jangan melulu
Kerana adat hidup berjuang,
Penghulu kendali didepan jurang,
Tapi yang sebenar berpatah tulang,
Pengikut dibelakang menjulang serampang
Kata yang tua dan juga pujangga,
Jangan kerana nila yang satu,
Binasa susu yang sebelanga!
p/s: madah kata bersahaja cuma, tiada menyangkut yang hidup di dunia