Dalam tangis lelah, peluh darah, kita mencari satu tujuan untuk kita berjuang.
Ada yang kata, 'juang kita juang ulung, juang kita maruah bersama'.
Tapi dalam masa sama, pejuang sebelah sana canangnya tak sama.
Kerana dalam balah kita sesama manusia,
Darah sama merah; kulit jika dilibas, sama lukanya.
Tapi juang mereka tak sama.
Walau otak kita, jika dibelah nampak serupa.
Tapi jarang sekali sepanduk juang kita sama.
Ada berperang kerana kulitnya.
Ada berperang kerana kuasanya.
Ada berperang kerana agamanya.
Ada berperang kerana jantinanya.
Tapi bukan maknanya juang aku lebih mulia,
Bukan maknanya juang dia sia-sia,
Bukan maknanya juang mereka menghabis masa.
Kerana biar habis nafas kita dalam mengharap.
Biar habis nafas kita kerana cita-cita,
Jangan habis nafas kita, tunduk, "ya, iya".
Memang dalam berjuang ada jurangnya.
Tapi matlamat kita sentiasa satu.
Untuk mencapai harmoni bersama.
No comments:
Post a Comment